Showing posts with label SANG KELEMBAI. Show all posts
Showing posts with label SANG KELEMBAI. Show all posts

Wednesday, April 9, 2008

Wednesday, March 26, 2008

Dari Bodoh ke Nyanyuk.
KUALA LUMPUR 25 Mac “ Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu bagi menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar negeri itu.
“Saya akan pasti menemui Sultan (Mizan)” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu pada sidang akhbar sempena Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini-Utusan Malaysia 26hb Mac 2008.
Jika rakyat kata bahawa “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang paling bodoh mungkin keterlaluan dan dianggap kasar tetapi apa yang dikatakan oleh dia nampak tidak cerdik dan tidak pandai dan adalah tahap terakhir sebelum dikatakan bodoh, sehingga beberapa SMS yang dikirim dan beredar menyebut dia sebagai Abdullah Bodohwi dan bukan Abdullah Ahmad Badawi.
Kenapa dia tidak dikira sebagai orang bijak dan sebaliknya sudah sampai ke peringkat bodoh dan menunggu masa ke arah dipanggil nyanyuk, kerana berdasarkan kenyataan di atas yang hanya ikut sedap mulutnya. Tidak ke dia selaku Perdana Menteri tidak mengetahui bahawa Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, mengikut apa yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya yang bertulis:
Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua Agama Islam.
Maka untuk tujuan apa Abdullah Hj Ahmad untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong? Sekiranya apa yang berlaku sekarang di Terengganu selepas majlis menghadap itu maka dengan sendiri Yang Di Pertuan Agong sudah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja kenalah bermesyuarat untuk menggugurkannya.Tetapi Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan dengan dibantu oleh Ayahandanya Sultan Perak yang juga bekas Ketua Hakim Negara atau Raja-Raja lain yang berpengalaman kemungkinan Yang Di Pertuan bagi perkenan menghadap kerana membincangkan perkara negeri Terengganu tidak mungkin akan berlaku, kecuali sambil-sambil menghadap dalam soal pentadbiran negara Abdullah Hj Ahmad menyentuh perkara Terengganu kemungkinannya ada tetapi itu pun menjadi satu kesalahan.Abdullah Hj Ahmad sewajarnya mencari sebab musabab kenapa boleh berlaku insiden yang memalukan ini. Sudah beberapa kali ditulis dalam blog dan laman web oleh mereka yang mempunyai kebebasan akal dan fikiran akan perihal Abdullah Hj Ahmad ini bergantung akal fikiran dari anaknya Kamalludin dan menantunya Khariry Jamalludin. Itu sebab selaku ketua Parti, dia perlu mengambil iktibar bahawa cara menyelesaikan sebarang isu ialah dengan mencari puncanya.Punca di sini ialah tidak dilantik seseorang yang dicadangkan oleh Abdullah Hj Ahmad untuk menjadi Menteri Besar sebaliknya kerana masih lagi hendak bertahan atas nama prinsip, nama yang dicadangkan dikekalkan. Di sebelah Raja dengan kuasa Perlembagaan Undang-undang tubuhnya dia berhak untuk melantik sesiapa yang dipercayai dipersetujui atau disokong oleh ahli Dewan Negeri.Majlis Pemangku Raja Terengganu yang dipengerusikan oleh seorang yang mempunyai hubungan darah dengan Sultan Mizan dan dibantu oleh orang yang berpengalaman termasuk bekas seorang Hakim, peratus kebodohan memang tidak ada, bila melantik seorang Ahli Dewan Negeri dari UMNO/Barisan Nasional menjadi Menteri Besar.Pelantikan itu menjadi kontroversi bukan soal Perlembagaan seperti yang dikatakan oleh Abdullah Hj Ahmad. Perhatikan senario yang berlaku di Perak dan Perlis. Keduanya ada ketegangan pada awal pelantikan Menteri Besar tetapi berakhir hanya dengan satu perkataan sahaja yang berbunyi “saya sokong”. DAP dan PKR yang kerusi lebih dari PAS yang dilantik menjadi Menteri Besar boleh diterima kerana Menteri Besar dari PAS di sokong oleh kedua parti yang berkenaan. Begitu juga Dr Mohd Isa Sabu dengan selesa menjadi Menteri Besar Perlis kerana di sokong oleh Shahidan Kassim yang tidak dilantik semula menjadi Menteri Besar.Eloklah Abdullah Hj Ahmad dari sibuk mempertahankan Idris Jusuh kerana orang yang difikirkan oleh anaknya Kamalludin dan menantunya Khairy bahawa dengan Idris Jusuh maka terjaminlah semua kepentingan perniagaannya di Terengganu khasnya perniagaan Patrick Lim dan Kamulllah Moer Hassan.Pelantikan Ahmad Said menjadi Isu kerana dia tidak disokong oleh 23 orang Ahli Dewan Negeri yang dikurung oleh Idris Jusoh. Sekarang berpindah randah dari hotel ke hotel. Sewajarnya BPR dari pergi menyiasat Ahmad Said lebih baik pergi menyiasat semenjak isu MB Terengganu ini, hotel-hotel yang mereka tinggal siapa yang membayarnya?Kesimpulannya jelas membuktikan bahawa UMNO ini diperintah oleh orang dan bukannya organisasi atau Parti Politik. Jika UMNO atau Barisan Nasional yang memerintah maka dia terjadi seperti di Pulau Pinang di tahun 1990 bilamana Gerakan kalah teruk dengan DAP dan kerusi UMNO lebih banyak dari Gerakan, masa itu Perdana Menterinya bernama Dr Mahathir Mohamed menyerahkan juga jawatan Ketua Menteri kepada Gerakan kerana yang wujud adalah kerajaan Barisan Nasional.Setelah sekian lama hampir lima tahun dan kemudian dalam PRU ke 12 Barisan Nasional kalah, baharulah diterima pembuktian yang tidak boleh dinafikan bahawa di peringkat Kerajaan Persekutuan yang berkuasa dan memerintah bukan UMNO/Barisan Nasional tetapi orangnya bernama Abdullah Hj Ahmad. Ini berlaku juga di Terengganu jika yang memerintah UMNO/Barisan Nasional sudah pasti mereka menerima Ahmad Said menjadi Menteri Besarnya tetapi kerana yang memerintahnya Idris Jusuh maka inilah isunya yang diseret Perlembagaan undang-undang tubuh negeri Terengganu.Sang Kelembai: Bila dengar kisah Idris Jusuh mengurung atau menyimpan 23 ADUN Terengganu, teringat akan kisah Tun Mustapha Harun menyimpan ADUN USNO di Sabah, di Kuala Lumpur 32 tahun dahulu yang berkesudahan akhirnya setengahnya lompat juga ke Berjaya. Maka ramai-ramailah kita tengok siapa yang sanggup mati kerana Idris Jusuh dan sejauh mana Partrick Badawi sanggup taja semua perbelanjaan. Kesimpulan semua wakil rakyat Terengganu itu yang dah macam anjing kepada Partick Lim dan Wan Farid bila agaknya nak menggigit kaki Idris Jusoh.
Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 12:54 PM 11 comments Links to this post
Monday, March 24, 2008
Friday, April 04, 2008

Nak Letak Atau Nak Kena Tolak?
Malaysia khasnya UMNO sekarang menghadapi krisis keyakinan kepimpinan. Segalanya bermula dengan keputusan PRU yang ke 12. UMNO dan Barisan Nasional kalah teruk sepanjang 34 tahun kini berada dalam satu gabungan Parti yang dibesarkan pada asalnya bernama Perikatan.
Perikatan yang berlambangkan kapal layar sudah lama karam di PRU tahun 1969, setelah dia tidak lagi berfungsi seperti Bahtera Nabi Noh dalam kisah Al-Quran yang menyelamatkan umat manusia, bila tuhan turunkan malapetaka banjir besar. Maka diganti dengan lambang dacing atau penyukat, sama seperti yang digunakan oleh kedai-kedai runcit era pra dan pasca kemerdekaan.
Tetapi keadaan tahun sudah berlalu, zaman pun ikut berubah, timbangan dacing sudah tidak digunakan sebaliknya timbangan digital sahaja yang dibenarkan dengan ukuran metrik, malah kati dan tahil dilarang penggunaannya dan ini termasuk dacing diharamkan digunakan.
Begitu juga dacing sebagai lambang Barisan Nasional, berat timbangnya dengan ukuran tahil dan kati sebagai nostalgia, nampaknya tidak menguntungkan pengguna. Sebaliknya banyak berpihak kepada yang memiliki dacing penimbang ini.
Maka di sini segalanya bermula, bila mana jika di Indonesia pernah dikisahkan bagaimana Benny Moerdani menasihatkan Soeharto supaya menjaga kepentingan politik dengan mengawal perniagaan anaknya, langsung Soeharto berhenti bermain dan masuk tidur dan meninggalkan Benny Moerdani seorang diri dalam bilik biliard di Istana Presiden.
Kenyataan Benny Moerdani yang juga Menteri Pertahanan dan juga sebagai Ketua Perisikan Indonesia akhirnya menjadi kenyataan sepuluh tahun kemudian bila Soeharto menjadi serangan dan dipersalahkan membiarkan malah memelopori budaya korupsi. Sehingga memaksa dia berhenti dari jawatannya.
Kalau di Indonesia, Bambang Trihajmodjo atau Tommy di persetujui terima pakai sebagai “Maskot” krisis kewangan, begitu juga di Malaysia bahawa yang sesuai dijadikan maskot bukan satu seperti di Indonesia sebalik Malaysia punya dua maskot dalam krisis keyakinan sekarang ia itu anaknya “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang tiga kali menyebut “Saya ada di sini” bernama Kamaludin Abdullah dan menantunya Khairy Jamalludin Abu Bakar dalam Kerajaan Tiga Beranaknya.
Dua maskot ini penyebab utama kekalahan UMNO/Barisan di PRU yang baru lalu. Sekarang ini dalam keadaan politik haru biru kedua mereka masih lagi berusaha mencari keuntungan perniagaan dan yang terbaharu pembelian kapal terbang untuk MAS yang sudah pasti akan persamaan dengan pembelian Air Bas dahulu di mana pembekalnya lebih banyak berunding dengan Kamalludin Abdullah di London dari Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan Mas. Dan sekarang berapa lagi juta komisen yang akan diterima atas pembelian yang berharga 4 billion USD oleh keluarga Abdullah Hj Ahmad dan pergilah periksa siapa pengarah dalam syarikat Penerbangan Malaysia Berhad dan hubungan dengan Kamalludin Hj Ahmad.
Khabarnya tidak juga kurang dengan pembelian kapal selam. Dan juga jangan lupa bahawa Kamalludin Abdullah mempunyai kepentingan yang besar dalam Air Asia tetapi monyet-monyet macam Pahamin itu boleh menjadi “puppet” maka dia tidak akan bercerita benar. Itu sebab sehingga sekarang ganti rugi laluan MAS kepada AIR ASIA masih tidak berbayar lagi. Agaknya orang yang bijaksana dalam hal ialah bekas Menteri Pengangkutan - Chong Koy Choy. Itu sebab dia tidak didakwa dalam kes Port Klang Free Trade Zone kerana “sendiri mahu tahulah”
Abdullah Hj Ahmad tidak mahu meletakan jawatan bukan hendak membetulkan UMNO dan Barisan Nasional tetapi demi kepentingan perniagaan anak dan menantunya. Banyak penyakit yang “package” akan diketahui jika dia berhenti sekarang, maka terpaksalah menjadi Perdana Menteri dengan mengikut telunjuk anaknya. Khabarnya anak dan menantunyalah yang menahan dia meletakan jawatan berbeza dengan Tun Hussein Onn yang terpaksa meletakan kerana desakan anak dan menantu kerana memikirkan kesihatan Tun Hussein Onn.
Ada orang membela Abdullah Hj Ahmad dengan mengatakan kenapa Tun Dr Mahathir Mohamed tidak diminta meletakan jawatan pada PRU 1999 yang menunjukkan kekalahan bertambah satu negeri selepas Kelantan? Kalau baca kenyataan dua tiga orang dalam akbar Berita Harian terserlah “bangangnya”dalam loghat Negeri Sembilan yang bermaksud baik sikit pada tolol dan bawah sedikit pada bodoh.
Isu PRU 1999 ialah menghadapi dua krisis besar, pemecatan Anwar Ibrahim dan kemudian di lebam matanya oleh Polis dan kegawatan ekonomi. Tidak seperti PRU 2008, tidak ada mata siapa yang lebam dan ekonomi keseluruhan dalam tahap yang baik tetapi kenapa kalah?
Sebabnya kebencian yang amat sangat kepada Abdullah Hj Ahmad, bukan sahaja orang Melayu, Cina dan India kecuali dayak - dayak di Serawak dan Bajau dan Kadazan di Sabah yang terkenal dengan nilai RM50 nya tetapi ialah orang UMNO sendiri yang tidak mengundi calon-calon UMNO.
Kenapa mereka-mereka tidak mengambil contohnya tuntutan UMNO kepada Tunku Abd Rahman supaya meletakan jawatan sebelum PRU 1969 dengan dimulakan oleh Tun Dr Ismail Abd. Rahman sendiri yang meletakan jawatan dalam kabinet di tahun 1967? Kenapa tidak diceritakan tuntutan Pemuda UMNO Malaysia supaya Tun Razak Hussein meletakan jawatan jika masih mempertahankan “Tiga Abdul” yang dikira penyusupan Komunis dalam UMNO atau ketidaksenangan orang-orang UMNO dengan Tun Hussein Onn dalam banyak perkara sehingga dia sendiri meletakan jawatan.
Ini memberi pengertian bahawa tuntutan seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk meletakan jawatan bukan hanya sekali ini dan ditujukan kepada Abdullah Hj Ahmad. Malah jika dikira pada pemilihan jawatan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT- sebutan masa itu) di tahun 1987 bukan itu satu cara desakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamed meletakan jawatan atau disingkirkan. Dan antara yang terlibat untuk mendesak meletakan jawatan itu Abdullah Hj Ahmad sendiri dan beberapa orang yang bercakap soal ini di dada akbar adalah hulubalang Tun Dr Mahathir Mohamed.
Maka jelasnya bahawa yang mempertahankan Abdullah Hj Ahmad supaya meletakan jawatan ini adalah mereka yang menjaga kepentingan diri dari menjaga kepentingan UMNO dan Khasnya Melayu, maka elok dinasihatkan mereka-mereka ini bertafakur dahulu sebelum bercakap. Yang malu bukan yang bercakap tetapi yang membaca dan mendengar kerana punya orang yang selalu lupa.
Sang Kelembai: Dikisahkan oleh setengah orang yang berjumpa Abdullah Hj Ahmad khasnya dari Perlis bahawa dalam percakapan dan meminta pertunjuk selepas kekalahan UMNO/Barisan Nasional maka berkata Abdullah Hj Ahmad bahawa, kalau susah-sangat sangat dia letak jawatanlah dan biarlah diganti oleh Najib dan jika Najib tak boleh bagilah kepada Anwar Ibrahim. Oleh itu ahli Majlis Tertinggi UMNO elok lah bertanya apa pakatan Pak Lah dan Anwar Ibrahim.
Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 1:20 AM 5 comments

COPY OF SANG KELEMBAI

Sunday, April 06, 2008

UMNO dan Titanic nya
Jika UMNO/Barisan Nasional dalam PRU ke 12 dengan tiba-tiba kalah hampir enam negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang hanya menang satu kerusi. Maka setengah orang kata bahawa itu adalah sama dengan Tsunami yang melanda di tahun 2005, memusnahkan bukan sahaja Aceh tetapi banyak negeri yang terlibat tidak terkecuali Malaysia.
Bagi mengibaratkan apa yang berlaku dalam landskap politik Malaysia, kekalahan itu sebagai Tsunami tidaklah begitu tepat. Mengapa kita tidak mengambil contoh yang mudah dan diketahui umum bagaimana tenggelamnya kapal Titanic.
Titanic adalah kapal yang dikatakan paling canggih pada tahun dibuat hampir 100 tahun dahulu. Jika Titanic dengan kehebatannya hasil buatan kapal itu yang di ilhamkan oleh beberapa pakar yang terdiri dari ahli fizik, kimia, kejuruteraan dan disiplin ilmunya, begitulah UMNO yang dibentuk dan ditubuhkan berdasarkan kepada nasionalisme Melayu yang tertindas selepas perang dunia ke dua dan kedatangan British di pertengahan tahun 40an.
Hari ini UMNO tidak terus menjadi Titanic yang tenggelam terus dan meninggalkan sejarah. Tetapi UMNO mesti mengambil iktibar sejarahnya Titanic yang karam terlanggar air batu atau Iceberg di tengah lautan.
Kalau Titanic bermegah dengan kehebatannya, begitu UMNO bukan sahaja dia megah tetapi berlagak keakuan. Dan jika Titanic tersalah tafsir akan soal air kerana air itu yang menyebabkan tenggelamnya kapal itu setelah bocor terlanggar “iceberg”. UMNO juga khasnya pemimpin melihat rakyat seperti itu, bila tidak mengindahkan akan perihal kemarahan rakyat yang sedang beremosi beberapa bulan sebelum PRU antara isunya penembakan Polis kepada orang awam di Terengganu, Demonstrasi Bersih dan Hindraf, Kenaikan harga keperluan hidup dan bahan bakar termasuk elektrik dan air.
Jika pereka Titanic cuba untuk menafikan rahsia alam dengan kebesaran penciptanya yang mempunyai rancangan teknologi alam mendahului akal manusia, itulah kesudahannya. Bila mereka mengagungkan kapal ciptaan mereka sehingga membuat pengakuan kapalnya tidak akan tenggelam. Inilah yang terjadi kepada “Saya Perdana Menteri” dan “Saya ada di sini” Abdullah Hj Ahmad yang dibantu oleh Perdana Menteri De Facto yang terdiri anaknya sendiri bernama Kamalludin Abdullan dan menantunya Khairy Jamalludin Abu Bakar dengan bantuan mereka-mereka tingkat 4, Perdana Putra.
Sekarang Abdullah Hj Ahmad berkata bahawa kekalahan UMNO adalah disebabkan kerana sabotaj. Satu tuduhan yang tidak ada pembuktian, bukankah ketua gerombolan mensabotaj UMNO di ketuai oleh anak dan menantunya sendiri?
Jika anaknya tidak sabotaj dan menantunya tidak campur tangan dalam soal pemilihan menjadi calon UMNO, seperti khabarnya Mohd Khir Toyo terpaksa di ugut oleh orang perantaraan Khairy Jamalludin Abu Bakar untuk dia selamat dan kekal menjadi Menteri Besar di Selangor mesti meletakan nama-nama yang disenaraikan. Harap-harap Mohd Khir Toyo akan menjawab perkara ini dalam blognya.
Titanic sehingga hari ini, tidak ada alasan untuk mengatakan dia tenggelam kerana sabotaj sebaliknya semua memperakui akan perihal kesombongan Kapten kapal itu yang tidak mahu menerima pesanan atau isyarat yang diberikan bahawa akan terdapatnya seketul “iceberg” yang dianggarkan beratnya hampir 300 tan di tengah Lautan Altlantik, dan dengan kepercayaan teknologi kapal itu dia terus meluru meredah lautan tanpa menghiraukan pandangan.
UMNO/Barisan Nasional yang mengangkat Abdullah Hj Ahmad menjadi Kapten, bukan tidak diberi taklimat oleh pegawai-pegawai perisikan malah dengan telus memaklumkan akan perihal anak dan menantu akan menjadi sumber kekalahan Barisan Nasional. Malangnya bila disebut nama anaknya Kamalludin Abdullah dan menantu kesayangan Khairy Jamalludin Abu Bakar, maka dengan sendirinya taklimatnya terhenti dan kesampaian untuk dibentangkan bagi kewaspadaan.
Maka bila Mohd Azim Zabidi dalam Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menyampaikan taklimat yang diberikan oleh Mohd Najib Tun Razak dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional akan perihal maklumat perisikan dari Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia tidak boleh di pakai dan telah berbohong atau pendek katanya bahawa mereka tersebut dari SB-Special Branch dan MIO-Military Intelligent Service telah mensabotaj. Inikah orang yang dimaksudkan oleh Abdullah Hj Ahmad.
Bagaimana pun cubalah kalau tidak ada kekerapan, cuba sesekali membaca buku Art of War yang ditulis oleh Sun Zi atau juga dikenali Sun Zhu dalam bahagian serangan dan strategis yang antara menyebut akan peribahasa “Suatu Pasukan yang kebingungan dan kacau bilau memberikan kemenangan kepada musuhnya.
Kekalahan UMNO/Barisan Nasional bukan berpunca daripada sabotaj tetapi kerana kebingungan dari Abdullah Hj Ahmad sampai ke ahli UMNO di peringkat bawah termasuk mereka-mereka yang memperakui sebagai ahli Strategis bila mana memasangkan papan kempen yang berbunyi “Hanya Satu Pilihan” yang memberi pengertian para pengundi hendak membuat keputusan apa, sama ada hendak terus ber-Perdana Menteri seorang yang kaki tidur, yang mementingkan perniagaan anak dan menantu, yang meneruskan rasuah yang berleluuasa dan seorang pemimpin yang suka meraba.
Akhirnya itu keputusan rakyat bila menolak referendum yang ditulis oleh tingkat empat di Perdana Putra. Dan sekarang setelah kalah UMNO/Barisan Nasional tidak mahu menerima alasan yang terpenting ia itu “bersatu”. Dahulu UMNO menjadi parti yang kuat kerana slogan Bersatu Bersetia dan Berkhidmatnya yang akhirnya tidak dihayati dia menjadi satu Parti Politik yang lemah kerana itu ia dengan mudah dikalahkan.
Hari ini, sama seperti waktunya tenggelam kapal mewah Titanic yang telah di adaptasi dalam sebuah filem percintaan. Jelaslah UMNO/Barisan Nasional kalah bukan disebabkan kurang kemampuan, kerana kurangnya Bersatu. Jika semua pemimpin saling mencurigainya, akhirnya apa yang berlaku sekarang bila akhirnya di kalangan ahli-ahli UMNO saling bertempur sama sendiri daripada melawan musuhnya.
Begitulah UMNO masih lagi tuduh menuduh dan menyerang orang yang tidak berkenaan seperti Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah, dan segala ini berkesudahan kerapuhan UMNO itu dapat dengan mudah dieksploitasi oleh parti-parti lawan.
Kesimpulan antara yang tersirat dalam filem Titanic yang boleh di adaptasi oleh UMNO seperti berikut:
1 Perancangan strategik seperti mereka ditingkat 4, Perdana Putra, dan Yayasan Kajian Strategik Melayu yang di ketuai oleh Zahid Hamidi seperti merasa tidak bersalah, tiada ada perasaan menyesal, tidak mahu merenungkan kesalahan yang telah berlaku sebaliknya membiarkan ahli-ahli UMNO berlari dan menyelamatkan diri sendiri.
2 Kapten UMNO/Barisan Nasional tidak juga merasakan bahawa reputasi tidak seperti yang dibayangkan dalam tahun 2004. Dia masih memimpikan jika dia bersara dan berhenti - aku tidak mencari harta bertimbun, akan dapat nikmati kerana itu adalah sebaliknya. Sehingga saat akhir UMNO hampir hancur dan tertolak ke jalan tebing yang dalam, dia masih seperti menunggu satu kematian. Terlalu angkuh.
3. Dan hari ini di lihat dengan Menteri-Menteri kabinet bayangan kehendak anak dan menantu seperti Ismail Sabri dan adanya penagih arak tengar sudah tembak menambak sama sendiri untuk menyelamatkan diri.
Maka tidak hairanlah dalam keadaan huru hara kapal Titanic akan ada orang terjun sendiri menyelamatkan diri bila perahu penyelamat tidak mencukupi hanya orang-orang bodoh yang terdiri penumpang dalam buritan bawah atau “deck” kelas ekonomi yang masih berdoa untuk memohon diselamatkan. Dan mereka ini ahli-ahli UMNO yang buta huruf.
Akhirnya terdapatlah akan kisah percintaan seperti Jack dan Rose atau Abdullah Hj Ahmad dan Mohd Najib Tun Razak yang tidak mahu lepas satu sama lain dan tak peduli dengan sekitar yang berlaku? Betapa ego nya cinta buta mereka.
Sang Kelembai: Satu kebodohan yang terserlah waktu Zainuddin Mydin yang layak jadi penjual cendol kat Sungai Petani ialah dalam masa kempen PRU selama 13 hari itu, dia asyik sibuk mendendangkan lagu selepas berita di Klasik Nasional lagu Malaysia Baru yang mana BN tidak terlibat menggunakan slogan itu sebaliknya satu Malaysia terpampang gambar Anwar Ibrahim dengan tulisan Harapan Baru Malaysia. Jadi siapa yang mensabotaj sebenarnya.
Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 7:34 PM 0 comments