Monday, March 17, 2008
Kabinet Kerajaan Tiga Beranak
Kali ini Abdullah Hj Ahmad tidak seperti tahun 2003 sebaik sahaja di lantik menjadi Perdana Menteri, dia menyusun kabinetnya dengan bercuti di Pangkor Laut Island Resort dengan semua anak, isteri dan menantu memberikan pendapat untuk membentuk kabinetnya sehingga tertubuhnya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang dicadangkan oleh isterinya dan juga membuang beberapa Menteri yang pernah berjasa kepada UMNO dan Negara.
Dan selepas PRU ke 11 dia menyusun kabinet di rumahnya dengan tunjuk ajar anak dan terutama menantunya Khairy Jamalludin dan ada yang termasuk dan ada terkeluar dalam senarainya dan di saat akhir ada yang tertinggal seperti Tan Sri Isa Abd Samad.
Hari ini Abdullah Hj Ahmad dalam Kerajaan Tiga Beranaknya sudah mula mengenal apa yang dipanggil musyawarah bila dia berunding dengan semua ketua parti dalam Barisan Nasional bagi cadangan pelantikan anggota pentadbiran awam. Tidak pula diketahui ada atau tidak pemimpin kanan UMNO seperti Najib Tun Razak dirundingkan bagi melantik wakil-wakil UMNO dan portfolionya.
Jika Abdullah Hj Ahmad tidak mengalami penyakit kemurungan atau “Mental Disorder” dia akan menggunakan manifestonya “Selamat Aman Makmur” sebagai garis panduan menubuhkan anggota kabinetnya. Pertama dalam soal ekonomi yang di ikrarkan. Jika berdasarkan 7 perkara tersebut antaranya melibatkan daya saing negara, keusahawanan, peluang pekerjaan dan pembangunan koridor.
Maka Menteri bagi Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Usahawan, Sumber Manusia dan Pembangunan Wilayah, jika dilihat Menteri yang terdahulu jika di kekal tidak akan membawa perubahan kecuali Menteri yang menjaga Usahawan. Sudah tibanya Menteri MITI diberikan kepada MCA dan UMNO mengambil Kementerian Sumber Manusia kerana masalah Bumiputra dalam Industri dan Perdagangan yang di terajui oleh Rafidah Aziz tidak banyak membantu bumiputera termasuk dalam soal AP - approved permit yang banyak diberikan kepada individu tertentu. Dan Kementerian dia yang mula-mula menutup Bahagian Penyertaan Bumiputra yang ditubuhkan selaras Dasar Ekonomi Baru.
Dan dalam soal tenaga kerja atau kaum buruh di samping orang India, orang Melayunya yang dikira banyak dalam sektor itu yang sekian lama Kementerian Sumber Manusia yang didahului Kementerian Buruh dipegang oleh MCA, pembelaan kaum buruh dalam meningkat taraf hidup pekerja tidak nampak adanya kemajuan dan ini antara sebab kekalahan BN-Barisan Nasional baru-baru ini disebabkan kaum buruh kecuali pekerja Bank telah tidak menyokong calon-calon BN.
Begitu juga dalam Pembangunan Seimbang yang mengandung 13 ikrar melibatkan berbagai Kementerian termasuk Pembangunan Luar Bandar, Perumahan, Kesihatan, Pengangkutan. Telah tiba masanya Kementerian Perumahan dijadikan satu Kementerian berasingan dan Kementerian Wilayah Persekutuan dicantumkan dengan Kerajaan Tempatan . Kementerian Perumahan pula disatukan dengan Kementerian Sumber Asli kerana kebanyakan kerosakan alam sekitarnya kerana projek perumahan yang dilaksanakan.
Dalam soal pendidikan dengan ikrar 7 perkara tersebut memerlukan seorang Menteri yang agak kanan dalam Parti dan mempunyai latar belakang pendidikan yang disegani oleh para pendidik sendiri. Kerana sekian lama Kementerian Pendidikan atau dahulunya Pelajaran di terajui oleh seorang yang hanya berkelulusan biasa kecuali Tan Sri Musa Mohamad yang pernah menjadi Naib Canselor USM-Universiti Sains Malaysia.
Abdullah Hj Ahmad yang telah gagal dalam tempohnya menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri sehingga memperakui dalam manifestonya untuk mengurangkan indeks jenayah, di mana indeks menjadi naik kerana dia Menterinya sewajarnya melepaskan jawatan tersebut. Dan secara kebetulan gambar Musa Hassan terdapat dalam manifesto yang seolah-olah dia sudah menjadi ahli UMNO mungkin di Cawangan Bukit Aman, jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri amat sesuai diserahkan kepadanya dengan dilantik menjadi Senator.
Dalam meringankan beban kenaikan harga barang keperluan dapur dan perut yang menjadikan senda gurau waktu kempen PRU ke 12 yang berbunyi lebih kurang, BN-Barang Naik? Bila Naik? Baru Naik? Berapa Naik? Banyak Naik! Bakal Naik? Beras Naik! Apa yang tidak naik? Hanya Abdullah Hj Ahmad yang tahu apa barang yang tak naik, tetapi setengah orang kata kemungkinan barang Abdullah Hj Ahmad yang tak naik, itu sebab itu agaknya dia macam Chua Soi Lek yang terpaksa melihat VCD lucah dengan cara pergi meraba perempuan dulu walau pun dia Imam Besar Islam Hadhari.
Makna nya jika di ulas kesemua perkataan ikrar yang dijanjikan oleh Abdullah Hj Ahmad dia memerlukan satu pasukan Menteri Kabinet yang berdedikasi dan jika boleh seorang yang betul-betul mempunyai asas pengetahuan Kementerian yang bakal dia mengetuai.
Dan yang terpenting ialah seorang Menteri mesti menyedari apakah yang menjadi tanggung jawabnya seperti mana yang tertulis dalam Akta Tugas Menteri dan Timbalan Menteri. Perlu lah di ingatkan bahawa seorang yang dilantik sebagai anggota jemaah Menteri mestilah menyedari bahawa dia bertanggung jawab melaksanakan semua dasar yang dipersetujui oleh Perhimpunan Agung partinya.
Seorang Menteri akan dibantu oleh seorang Ketua Setiausaha sebagai Ketua pentadbiran Kementerian dan pengawal kewangan atau belanjawan Kementerian. Bagaimana pun Akta membenarkan seorang Menteri menolak nasihat seorang Ketua Setiausaha. Kerana itulah di zaman Tun Razak Husseiin sebagai Perdana Menteri gagasan dasar parti menguasai Kerajaan diadakan berbeza dengan Abdullah Hj Ahmad di mana dasar dan kehendak anak dan menantu menguasai Kerajaan.
Jika Abdullah Hj Ahmad yang sudah ditolak oleh rakyat seperti seorang yang didapati terkencing di tempat seperti pentas, dan tugasnya sekarang untuk mencuci atau membersihkan tetapi sayang seribu kali sayang, dalam keadaan dia membersihkan lantai tersebut dia masih lagi terkencing. Maka keputusan rakyat tidak mahu menukar orang sebaliknya menukar sistem sewajarnya dihormati oleh semua pihak.
Sang Kelembai: Kemungkinan kabinet Islam Hadhari ini sama dengan tajuk sitcom di TV yang berbunyi Pi Mai, Pi Mai Tang Tu tidak ada perubahan dan sekali rakyat tertipu oleh Kerajaan Tiga Beranak jika nama seperti Mohd Nazri Aziz, Shafie Afdal, Azmi Khalid, Radzi Sheikh Ahmad, Abdullah Zain dan termasuk Muhyiddin Yassin keadaan tsunami politik yang melanda UMNO akan berterusan di tahun PRU ke hadapan dan tidak akan berubah.
Mungkin pendapat yang di terima ini adalah bentuk Kerajaan tiga beranak :
Dapat berita terbaru....!!!!Senarai kabinet 2008
Perdana Menteri :YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi,
Timbalan Perdana Menteri :Dato Kamaludin Abdullah Badawi
Menteri Kewangan :Dato Seri Kalimullah Hassan
Menteri Dalam Negeri :Khairy Jamaluddin
Menteri Penerangan :Dato Seri Anuar zaini
Menteri Pengangkutan :Dato Seri Tony Fernandez
Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembinaan Masjid :Dato Patrick Badawi (Lim)
Menteri Kesihatan :Dato Dr. Vincent Lim Ah Pek
Menteri Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Masyarakat :Nori Abdullah
Menteri Dijabatan Perdana Menteri :Dato Zaki Ahmad Zahid
Menteri Perdagangan Antarabangsa :Azim Zabidi
Menteri Hal Ehwal kaum India :Dato Reezal Merican Naina Pottu Marican
Menteri Hal Ehwal Warga Emas :Dato Hajjah Rahmah (Ibu Khairy)
Menteri Belia, Sukan dan Kereta Terpakai :Dato Azeez Rahim Rempit
Menteri Sains, Teknologi, Innovasi Dan Alam Sekitar :Maya Karin
Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 11:34 PM
Wednesday, April 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment