Friday, April 04, 2008
Nak Letak Atau Nak Kena Tolak?
Malaysia khasnya UMNO sekarang menghadapi krisis keyakinan kepimpinan. Segalanya bermula dengan keputusan PRU yang ke 12. UMNO dan Barisan Nasional kalah teruk sepanjang 34 tahun kini berada dalam satu gabungan Parti yang dibesarkan pada asalnya bernama Perikatan.
Perikatan yang berlambangkan kapal layar sudah lama karam di PRU tahun 1969, setelah dia tidak lagi berfungsi seperti Bahtera Nabi Noh dalam kisah Al-Quran yang menyelamatkan umat manusia, bila tuhan turunkan malapetaka banjir besar. Maka diganti dengan lambang dacing atau penyukat, sama seperti yang digunakan oleh kedai-kedai runcit era pra dan pasca kemerdekaan.
Tetapi keadaan tahun sudah berlalu, zaman pun ikut berubah, timbangan dacing sudah tidak digunakan sebaliknya timbangan digital sahaja yang dibenarkan dengan ukuran metrik, malah kati dan tahil dilarang penggunaannya dan ini termasuk dacing diharamkan digunakan.
Begitu juga dacing sebagai lambang Barisan Nasional, berat timbangnya dengan ukuran tahil dan kati sebagai nostalgia, nampaknya tidak menguntungkan pengguna. Sebaliknya banyak berpihak kepada yang memiliki dacing penimbang ini.
Maka di sini segalanya bermula, bila mana jika di Indonesia pernah dikisahkan bagaimana Benny Moerdani menasihatkan Soeharto supaya menjaga kepentingan politik dengan mengawal perniagaan anaknya, langsung Soeharto berhenti bermain dan masuk tidur dan meninggalkan Benny Moerdani seorang diri dalam bilik biliard di Istana Presiden.
Kenyataan Benny Moerdani yang juga Menteri Pertahanan dan juga sebagai Ketua Perisikan Indonesia akhirnya menjadi kenyataan sepuluh tahun kemudian bila Soeharto menjadi serangan dan dipersalahkan membiarkan malah memelopori budaya korupsi. Sehingga memaksa dia berhenti dari jawatannya.
Kalau di Indonesia, Bambang Trihajmodjo atau Tommy di persetujui terima pakai sebagai “Maskot” krisis kewangan, begitu juga di Malaysia bahawa yang sesuai dijadikan maskot bukan satu seperti di Indonesia sebalik Malaysia punya dua maskot dalam krisis keyakinan sekarang ia itu anaknya “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang tiga kali menyebut “Saya ada di sini” bernama Kamaludin Abdullah dan menantunya Khairy Jamalludin Abu Bakar dalam Kerajaan Tiga Beranaknya.
Dua maskot ini penyebab utama kekalahan UMNO/Barisan di PRU yang baru lalu. Sekarang ini dalam keadaan politik haru biru kedua mereka masih lagi berusaha mencari keuntungan perniagaan dan yang terbaharu pembelian kapal terbang untuk MAS yang sudah pasti akan persamaan dengan pembelian Air Bas dahulu di mana pembekalnya lebih banyak berunding dengan Kamalludin Abdullah di London dari Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan Mas. Dan sekarang berapa lagi juta komisen yang akan diterima atas pembelian yang berharga 4 billion USD oleh keluarga Abdullah Hj Ahmad dan pergilah periksa siapa pengarah dalam syarikat Penerbangan Malaysia Berhad dan hubungan dengan Kamalludin Hj Ahmad.
Khabarnya tidak juga kurang dengan pembelian kapal selam. Dan juga jangan lupa bahawa Kamalludin Abdullah mempunyai kepentingan yang besar dalam Air Asia tetapi monyet-monyet macam Pahamin itu boleh menjadi “puppet” maka dia tidak akan bercerita benar. Itu sebab sehingga sekarang ganti rugi laluan MAS kepada AIR ASIA masih tidak berbayar lagi. Agaknya orang yang bijaksana dalam hal ialah bekas Menteri Pengangkutan - Chong Koy Choy. Itu sebab dia tidak didakwa dalam kes Port Klang Free Trade Zone kerana “sendiri mahu tahulah”
Abdullah Hj Ahmad tidak mahu meletakan jawatan bukan hendak membetulkan UMNO dan Barisan Nasional tetapi demi kepentingan perniagaan anak dan menantunya. Banyak penyakit yang “package” akan diketahui jika dia berhenti sekarang, maka terpaksalah menjadi Perdana Menteri dengan mengikut telunjuk anaknya. Khabarnya anak dan menantunyalah yang menahan dia meletakan jawatan berbeza dengan Tun Hussein Onn yang terpaksa meletakan kerana desakan anak dan menantu kerana memikirkan kesihatan Tun Hussein Onn.
Ada orang membela Abdullah Hj Ahmad dengan mengatakan kenapa Tun Dr Mahathir Mohamed tidak diminta meletakan jawatan pada PRU 1999 yang menunjukkan kekalahan bertambah satu negeri selepas Kelantan? Kalau baca kenyataan dua tiga orang dalam akbar Berita Harian terserlah “bangangnya”dalam loghat Negeri Sembilan yang bermaksud baik sikit pada tolol dan bawah sedikit pada bodoh.
Isu PRU 1999 ialah menghadapi dua krisis besar, pemecatan Anwar Ibrahim dan kemudian di lebam matanya oleh Polis dan kegawatan ekonomi. Tidak seperti PRU 2008, tidak ada mata siapa yang lebam dan ekonomi keseluruhan dalam tahap yang baik tetapi kenapa kalah?
Sebabnya kebencian yang amat sangat kepada Abdullah Hj Ahmad, bukan sahaja orang Melayu, Cina dan India kecuali dayak - dayak di Serawak dan Bajau dan Kadazan di Sabah yang terkenal dengan nilai RM50 nya tetapi ialah orang UMNO sendiri yang tidak mengundi calon-calon UMNO.
Kenapa mereka-mereka tidak mengambil contohnya tuntutan UMNO kepada Tunku Abd Rahman supaya meletakan jawatan sebelum PRU 1969 dengan dimulakan oleh Tun Dr Ismail Abd. Rahman sendiri yang meletakan jawatan dalam kabinet di tahun 1967? Kenapa tidak diceritakan tuntutan Pemuda UMNO Malaysia supaya Tun Razak Hussein meletakan jawatan jika masih mempertahankan “Tiga Abdul” yang dikira penyusupan Komunis dalam UMNO atau ketidaksenangan orang-orang UMNO dengan Tun Hussein Onn dalam banyak perkara sehingga dia sendiri meletakan jawatan.
Ini memberi pengertian bahawa tuntutan seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk meletakan jawatan bukan hanya sekali ini dan ditujukan kepada Abdullah Hj Ahmad. Malah jika dikira pada pemilihan jawatan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT- sebutan masa itu) di tahun 1987 bukan itu satu cara desakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamed meletakan jawatan atau disingkirkan. Dan antara yang terlibat untuk mendesak meletakan jawatan itu Abdullah Hj Ahmad sendiri dan beberapa orang yang bercakap soal ini di dada akbar adalah hulubalang Tun Dr Mahathir Mohamed.
Maka jelasnya bahawa yang mempertahankan Abdullah Hj Ahmad supaya meletakan jawatan ini adalah mereka yang menjaga kepentingan diri dari menjaga kepentingan UMNO dan Khasnya Melayu, maka elok dinasihatkan mereka-mereka ini bertafakur dahulu sebelum bercakap. Yang malu bukan yang bercakap tetapi yang membaca dan mendengar kerana punya orang yang selalu lupa.
Sang Kelembai: Dikisahkan oleh setengah orang yang berjumpa Abdullah Hj Ahmad khasnya dari Perlis bahawa dalam percakapan dan meminta pertunjuk selepas kekalahan UMNO/Barisan Nasional maka berkata Abdullah Hj Ahmad bahawa, kalau susah-sangat sangat dia letak jawatanlah dan biarlah diganti oleh Najib dan jika Najib tak boleh bagilah kepada Anwar Ibrahim. Oleh itu ahli Majlis Tertinggi UMNO elok lah bertanya apa pakatan Pak Lah dan Anwar Ibrahim.
Posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin at 1:20 AM 5 comments
Wednesday, April 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment